Friday, May 9, 2014

Merisik

MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama.

Antaranya ialah:


• Cincin belah rotan. (cincin tanda)

• Wang tanda (hantaran) – ikut tempat
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. (kini kebanyakkan pasangan adalah pilihan sendiri)
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih akan diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

(Majlis merisik tidak semestinya dilakukan, ada pasangan yang terus bertunang tanpa upacara merisik. Ini pilihan kepada anda)


MAJLIS MERISIK UNTUK ANAK LELAKI SAYA

Sirih Junjung + buah + Cincin tanya ( merisik )
ni adalah sirih junjung disatukan bersama gubahan buah dan ni cincin merisik ketika majlis merisik untuk anak bujang saya yg telah berlansung pada  sirih ni saya order dr Nin's 

Coklat Ferra yg dihias serba ringkas
Biasalah coklat antara hadiah yg saya bawa

nama kek lupa la....
tak lupa juga kek yang saya tempah dr kenalan online di Shah Alam

Ini Coklat dan sepasang kain


Alhamdulillah berjalan lancar..Sekitar majlis terimakasih kat adik2 yg sudi menemankan majlis yg serba simple ni....pertunangan akan berlansung pada 3/5/2014


ni la anak bujang cek


antara adik2 cek yg hadir


ni la gayanya rombongan merisik
Adik cik suami & isteri serta anak2
Yus & Isteri serta anak2 ( xde dlm gbr la pulak )
Adik cek Zida & suami serta anak2


Tunggu berkumpul 

Ni antara ahli keluarga pihak perempuan ( Nenek ,mak dll pihak perempuan )


kelihatan cik abg cek meneruskan majlis merisik setelah dibuka oleh adik adik yg hadir



nampak tu peringatan dr nenek " dah merisik bukan bermakna boleh dibawa kesana sini  ye " nak bwk mtk izin dulu

Kena sarung cincin kejari bakal menantu



Biasa la lega dah balik dan selesai majlis merisik utk putera kesayangan


Antara hadiah yg di bawa, cian pihak perempuan diaorg pun bg kek dan buah....







HARI PERTUNANGAN:

Keperluan di hari pertunangan:

• Cincin
• Sirih junjung (tepak sirih)
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

Biasanya dimajlis inilah jumlah wang hantaran, maskahwin dan tarikh kenduri kahwin itu ditetapkan. Jadi anda perlu bersedia dengan maklumat tersebut.


3 comments: