Saturday, May 10, 2014

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA



Doa kebahagiaan rumahtangga ini dibaca 3 kali dalam doa selepas solat waktu. 

Setiap suami ataupun isteri menginginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dan damai. Setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kehidupan dan keharmonian rumahtangga boleh runtuh disebabkan oleh salahfaham, masalah kesihatan, masalah camputangan adik beradik sebelah suami ataupun isteri dan yang paling mendugakan adalah masalah ekonomi. Kebanyakan rumahtangga yang runtuh disebabkan masalah ekonomi atau eko-"No Money". 

Bila masalah ekonomi yang berpunca kerana gagal dalam bisnes atau kehilangan kerja. Isteri yang dahulu baik pada sangkaan suami semasa senang kini mula berubah sikap. Isteri yang solehah tidak akan berubah sikap malah memberi semangat dan sanggup memikul tanggungjawab mencari nafkah untuk menyara keluarga sementara suami mendapat kerja lain dan sebagainya. 

Kadang-kadang ada isteri yang banyak gelang emasnya sampai kesiku, tetapi mengadu kat jiran sebelah rumahtangga beliau sekarang tengah menghadapi masalah ekonomi kerana suaminya tak ada kerja. Jangan harap seutas gelang emasnya boleh digadai. Cukup sayang gelangnya melebehi segalanya. Gelang itu pun dahulu suaminya yang belikan. Kenapa bila tengah gawat, tak sanggup korbankan gelang emasnya dipajak gadai islam. Bila sudah pulih nanti tebus balik.

Begitulah sebahagian kisah pendek mengenai rumahtangga. Jadi bagaimana seorang  isteri hendak menjadi seorang wanita yang solehah walaupun bukan seorang ustazah atau mengaji di pondok agama tetapi hanya seorang wanita marhein iaitu wanita biasa?. Untuk menjadi isteri solehah bukanlah susah hanya perlu mengikut 2 syarat ini yang paling mudah. Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya.
2. Taat kepada suami.

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut : 

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
  • Wajib menutup aurat.
  • Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya.
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa.
  • Berbuat baik kepada ibu dan bapa.
  • Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.
  • Bersikap baik terhadap tetangga.
2. Taat kepada suami.
  • Memelihara kewajipan terhadap suami.
  • Sentiasa menyenangkan suami.
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
  • Tidak bermasam muka di hadapan suami.
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
  • Tidak keluar tanpa izin suami.
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
  • Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumah tangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah.


Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
”Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” 
3) Mudah terpedaya dengan syahwat. Nafsu syahwat menjadi keutamaan sehingga hilang sifat malu.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Sekian wasallam.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Diantara doa-doa Pelembut Hati yang baik diamalkan oleh pasangan suami atau isteri supaya suami atau isteri yang keras hati, cepat marah dan mempunyai suami yang baran, degil supaya menjadi baik serta bertimbang rasa boleh juga diamalkan selepas setiap kali solat.

Baca 19 x doa ini dan berdoalah kepada Allah SWT supaya pasangan anda berubah menjadi seorang yang penyayang, penyabar supaya aman rumahtangga itu dan diberi kebahagiaan. Insha allah dipermudahkan dan dimakbulkan.





Terjemahannya:

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Bacalah doa ini agar disayangi oleh suami ataupun isteri anda. Selain membaca Doa Ayatul Mahabbah dan Doa Pengasih. Doa ini baik juga dibaca agar kasih sayang itu berpanjangan sehingga akhir hayat.

Baca dan hembuskan dikening orang yang kita sayangi. Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.

DOWNLOAD DOA MP3 - KLIK SINI


Maksudnya:

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Wasallam.


Mengekal dan mendapat sesuatu adalah suatu perkara yang berbeza. Setiap apa yang anda dapati itu jika tidak dijaga dan dihargai akan hilang begitu sahaja. Seperti memenangi sesuatu kejohanan adalah senang tetapi mengekalkan kejuaraan itu adalah sesuatu yang payah. 



Jadilah suami dan isteri yang baik diantara satu sama lain. Berusahalah dengan mendoakan kepadaNya. Masih belum terlambat untuk mengekalkan kasih sayang yang hampir pudar kerana masalah.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.


Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (kerana ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH. 

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya. Setiap hari suami yang baik kepada isterinya akan mendapat SERATUS SYAHID (kerana ikhlas dan sabarnya).”

Baca doa ini setiap kali selesai solat fardu.


Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Wasallam.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terima kasih kerana ramai pembaca yang telah menghantar email kepada penulis sejak akhir-akhir ini sehingga tak sempat nak balas balik kesemuanya. Ada yang bertanya apakah doa selain dari doa pengasih? Ayatul Mahabbah adalah doa tersebut

Doa ini meliputi keseluruhannya. Orang yang mengamalkan Ayatul Mahabbah akan dikasehi dan disayangi oleh pasangan masing-masing, oleh anak-anaknya, kaum kerabatnya, jiran-jiran tetangga. Jika ia seorang majikan, orang bawahanya akan menyukainya dan jika ia seorang pekerja, orang atasan akan menyukainya. 

Ia juga diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Baca sebanyak yang boleh. InsyaAllah.


Maksudnya:

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran:Ayat 31)

Wasallam.

DOA PENGIKAT KASIH (1)



Maksudnya


Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  

DOA PENGIKAT KASIH (2)


MaksudNya:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. 

Wasallam.


SURAH ALI IMRAN: AYAT 31



"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya".


Terjemahan/Maksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Bagi pembaca yang selalu bertanya cara-cara berdoa dalam posting "DOA PENGASIH". Berdoalah dengan mengikut adab-adab berdoa sebelum berdoa supaya doa dimakbulkan. Sebelum berdoa kita digalakkan menggunakan ayat-ayat al-Quran. 

Di antara adab-adab berdoa hendaklah memulakan dengan memuji-muji Allah Taala terlebih dahulu kemudian disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Pastikan niat dibetulkan terlebih dahulu dan juga cara-cara kita berdoa hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Dari tiga dalil yang di bawah ini dapatlah kita ketahui bahawa akan kepentingan doa itu. Ketahuilah bahawasanya al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah Taala (berdoa). Sehinggakan maksud solat dari segi bahasa juga ditakrifkan sebagai doa. 

Firman Allah SWT bermaksud: 


"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah Al-Gahfir: Ayat 60)

Firman Allah SWT bermaksud: 


"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah Al-Isra': Ayat 82).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

"Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku maka lazimilah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah." (Riwayat al-Hakim). 


DIANTARA AYAT-AYAT PENGASIH YANG DIAMBIL DARI SURAH-SURAH AL-QURAN.

1. Surah Yassin: Ayat 36


Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

2. Surah Yusuf: Ayat 4.


Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

3. Surah Al-Hujurat: Ayat 13.

Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

4. Surah Ali Imran: Ayat 14.

Maksudnya:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


5. Surah Ali Imran: Ayat 31.


Maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).

Sebelum memulakan doa mari ulangkaji ADAB-ADAB KETIKA BERDOA.

Wasallam.



Setiap insan ingin hidup bahagia bersama keluarga tersayang. Namun kita harus sedar bahawa sesebuah keluarga itu bukan sekadar untuk dibina, tetapi mengekalkan dan menyuburkan sesebuah keluarga merupakan perkara yang paling penting. 



Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa pasti inginkan keluarga yang bahagia. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan diamalkan bagi menjamin kebahagian sesebuah keluarga. 

Di sini, captain ingin berkongsi beberapa doa-doa kebahagiaan untuk kita sama-sama manfaatkan.

Ada seorang pembaca wanita telah bertanya tentang doa mana yang sesuai diamalkan. Amalkanlah doa yang ke-2 dan yang ke-3. Semuga mendapat kebahagiaan yang dicari melalui doa-doa ini. InsyaAllah.

Doa 1.


Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang bertaqwa" (Al-Furqan: 74)

Doa 2.


Maksudnya:

"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal solih yang Engkau redai; berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu. dan sesungguhnya aku termasuk orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)". (Al-Ahqaf:15)

Doa 3.


Maksudnya:

"Wahai Tuhanku!, Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku." (Surah Ibrahim:40).

Wasallam. saya copy dr website di online....

No comments:

Post a Comment